PENCAPAIAN besar baginya apabila peminat label sebagai pelakon aksi.
PENCAPAIAN besar baginya apabila peminat label sebagai pelakon aksi.
HM Digital

Menyedari kehadirannya semakin mendapat perhatian, pelakon Tiger Shroff meluahkan rasa teruja apabila ramai peminat meminati lakonannya dalam filem aksi.

Kata aktor berusia 28 tahun itu, dia bangga apabila peminat mula melabel dirinya sebagai pelakon aksi.

“Saya bersyukur apabila orang mula mengenali saya dengan identiti ini. Apabila sebut nama Tiger Shroff, orang akan ingat filem aksi.

“Ia pencapaian besar buat saya,” katanya.

Tiger memulakan karier seni pada 2014 dengan membintangi filem aksi Heropanti. Genre itu sudah sebati dengan dirinya dan sehingga kini sudah menjayakan lima filem aksi.

Terbaru, Tiger bergandingan dengan aktor kegemarannya, Hrithik Roshan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Julai 2018 @ 12:38 PM