Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat 10 pangsapuri di Taman Miharja Fasa Satu, Jln Loke Yew, Cheras, di sini, 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, mayat mangsa yang berusia 64 tahun itu ditemui orang awam si sebelah motosikal yang kemudiannya melaporkan kepada polis.

"Hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kematian mangsa. Polis turut menemui kasut dan beg pakaian dipercayai ditinggalkan mangsa di tepi lif tingkat 10 pangsapuri sebelum terjun," katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Menurutnya, mangsa dipercayai bukan penduduk di kawasan pangsapuri berkenaan kerana tidak dikenali penduduk di kawasan kejiranan itu.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mei 2015 @ 11:20 PM