Shuhada mansor kongsi tip kecantikan dengan Gen Y. Tidak perlu berbelanja besar jika ada alternatif lain untuk kekal segar.

Bukan saja sedap, yogurt mampu membantu anda mencantikkan diri dengan caranya yang tersendiri.

Semua orang sukakan yogurt! Biasa atau berperisa, sebagai snek atau dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan lain.

Ada yang memilihnya sebagai makanan diet dan ada yang menggunakan sebagai 'mask' muka. Adakah anda tahu bahawa yogurt mempunyai banyak faedah kecantikan yang boleh kita manfaatkan daripadanya? Berikut adalah beberapa rahsia kecantikan yang boleh kita cuba hanya menggunakan yogurt!

1. Mendapatkan gigi yang putih

Yogurt mengandungi kalsium dan fosforus yang membantu membuatkan enamel gigi lebih putih dengan membentuk lapisan perlindungan menghalang kekuningan. Ia juga membantu untuk mengelakkan nafas berbau. Sapukan secara kerap pada gigi anda untuk melihat keputusan terbaik.

2. Menghilangkan kelemumur

Sapukan yogurt pada kulit kepala dan rambut, biarkan selama kira-kira 20 minit sebelum mencuci kepala. Ia mampu melicinkan rambut, melegakan gatal pada kulit kepala dan mengurangkan kelemumur dengan ketara. Lakukan ini sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu.

3. Membantu pengelupasan

Gunakan kacang walnut dan hancurkan bersama yogurt untuk membuat scrub buatan sendiri. Walnut membantu mengelupaskan liang manakala yogurt akan memberikan khasiat kepada kulit. Pada masa sama, kombinasi ini dapat membantu anda menghilangkan tompok kering dan kulit mati.

4. Melambatkan penuaan

Campurkan yogurt dengan timun untuk menghilangkan garis halus dan kedutan. Timun mempunyai kesan penyejukan dan membantu mengetatkan liang terbuka manakala yogurt membantu dalam proses menegangkan kulit. Lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

5. Menghilangkan bintik hitam

Untuk membuat pes yang boleh digosokkan pada wajah, campurkan tepung jagung dan yogurt. Lakukan gerakan membulat lembut untuk menghilangkan bintik hitam dan bintik putih di wajah. Anda juga boleh tambahkan kunyit dan serbuk cendana untuk mendapatkan lebih banyak manfaat kecantikan.

Aplikasi yogurt pada kulit juga membantu mengurangkan jerawat dan melawan pertumbuhan jerawat. Ia adalah salah satu penyelesaian yang paling jimat kos dan mudah didapati untuk merawat pelbagai isu kulit dan rambut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mei 2015 @ 11:38 AM