Anggota bomba memeriksa keadaan jari kanak-kanak yang tersangkut cincin. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Anggota bomba memeriksa keadaan jari kanak-kanak yang tersangkut cincin. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Jempol: Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun terpaksa menahan sakit hampir dua jam selepas besi berbentuk cincin yang dipakai tersekat di jarinya, semalam.

Pegawai operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol Pegawai Kanan Bomba II Mohd Fahmi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan dari Hospital Jempol pada jam 6.53 petang.

"Kami mendapati jari manis kiri kanak-kanak perempuan itu sudah membengkak apabila besi berkenaan gagal ditanggalkan.

"Anggota bomba mengambil masa tiga minit untuk memotong cincin menggunakan peralatan khas," katanya.

Menurutnya, kanak-kanak itu diberi rawatan lanjut di hospital sebaik besi itu dipotong.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2015 @ 2:22 PM