Dikenali sebagai penyanyi kepada anggota Secret saja selama ini, Jieun akhirnya mengesahkan membintangi drama web yang ditayangkan tidak lama lagi.

Menurut TS Entertainment, Jieun memainkan peranan sebuah karakter empat dimensi yang dinamakan Mal Ja dalam drama berjudul Drawing, Spring itu. Itulah kali pertama dia berlakon untuk drama web.

Mal Ja adalah sebuah watak pekerja sambilan di sebuah syarikat perhubungan awam yang mana meskipun dia jenis sukakan binatang, namun cukup trauma dengan kuda. Selain Jieun, turut berlakon adalah Lee Won Geun and Yoo Se Hyung.

Drawing, Spring diarahkan Kim Young Minyang pernah mengarahkan drama Sign dan drama itu ditayangkan menerusi saluran Naver TV Cast.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Oktober 2014 @ 5:00 AM