PENDUDUK Kampung Jorak menyertai operasi mencari dan menyelamat dua sahabat yang dikhutiri lemas. FOTO Shaiffulazhar Misri
PENDUDUK Kampung Jorak menyertai operasi mencari dan menyelamat dua sahabat yang dikhutiri lemas. FOTO Shaiffulazhar Misri
Oleh Shaiffulazhar Misri


Muar: Dua sahabat berusia 15 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Jorak, Kampung Jorak, di sini, 6.30 petang tadi.

Mangsa, Muhammad Afiq Asyraf Mohamad Najib dan Elis Norfairusnizam Sidek dikatakan bermain di jeti kampung berkenaan bersama seorang lagi rakan sebaya mereka.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka tergelincir dan seorang lagi cuba membantu dengan terjun ke dalam sungai berkenaan sebelum kedua-duanya tenggelam dibawa arus deras sungai akibat hujan.

Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan pihak berkuasa ditangguhkan 10 malam tadi dan disambung pagi nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 12:08 AM