ANTARA rokok seludup yang dirampas. FOTO Adnan Mohamad
ANTARA rokok seludup yang dirampas. FOTO Adnan Mohamad
Oleh Adnan Mohamad


Tumpat: Rokok seludup bernilai RM1.3 juta dirampas Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan dalam tiga serbuan berasingan di Kota Bharu sejak dua hari lalu.

Komander UPP Kelantan, Rusli Karim berkata, rampasan dilakukan hasil serbuan sepasukan anggota UPP Pengkalan Kubor yang melakukan risikan selepas menerima maklumat berkaitan.

"Pasukan menemui tiga van yang ditinggalkan di Bunut Payong dan Pasir Tumboh, di dalamnya terdapat 190 kotak berisi rokok seludup.

"Daripada tiga van digunakan, satu daripadanya disyaki diseludup masuk dari Singapura berikutan tiada rekod Jabatan Pengangkutan Jalan, " katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau berkata, bekalan rokok dipercayai diperoleh dari pantai barat Semenanung Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2015 @ 1:41 PM