Pendedahan hubungan cinta Suzy dan Lee Min Ho mengejutkan banyak pihak, termasuk anggota kumpulan Miss A.

Menerusi temubual radio SBS PowerFM pada 8 April lalu, Fei dan Min (Miss A) ditanya mengenai reaksi mereka sebaik mengetahui perkara itu. Adakah isu itu menjejaskan jualan album Miss A?

Fei menjelaskan, dia dan anggota kumpulan Miss A yang lain tidak tahu menahu mengenai hubungan rakan mereka dengan aktor terkenal itu dan sangat tersejut.

“Berita itu sungguh mengejutkan, apatah lagi Suzy tidak pernah berkongsi apa-apa mengenainya.

“Bagi kami, tidak salah Suzy bercinta dan tumpang gembira jika benar dia sudah bertemu pasangan sesuai. Biarlah dia keluar temu janji dengan bergaya,” katanya.

Sementara itu, Min pula percaya perkara itu tidak akan menjejaskan jualan album Miss A dan mengucapkan tanniah kepada Suzy.

Reaksi peminat dan wira papan kekunci (keyboard warriors) pula berbeza apabila masing-masing meninggalkan komen seolah-olah mereka lebih tahu kisah cinta Suzi dan Min Ho.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 April 2015 @ 5:07 AM