Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Sebuah pusat menjahit tekstil yang terletak di tingkat tiga di sebuah bangunan pejabat di Jalan Pelabur B 23/B, Seksyen 23 di sini, musnah dalam kebakaran, kira-kira 2 pagi tadi.

Kebakaran berkenaan berjaya dikawal daripada merebak ke bangunan bersebelahan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 15 Mohd Khairi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 2.15 pagi.

Katanya, ketika kejadian tiada penghuni di dalam premis yang terbakar manakala penghuni di premis bersebelahan berjaya menyelamatkan diri.

Menurutnya, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Oktober 2014 @ 2:28 PM