PEMAIN Korea Lee Namyong (kiri) diasak pemain India Rupinder Singh.
PEMAIN Korea Lee Namyong (kiri) diasak pemain India Rupinder Singh.

Ipoh: Ketua jurulatih Korea Selatan Shin Seok Kyo kecewa selepas menyaksikan anak buahnya sekadar seri 2-2 ketika bertemu India pada perlawanan pertama kedua-dua pasukan di saingan Piala Sultan Azlan Shah semalam.

Juara Piala Asia itu hampir mencatatkan kemenangan ke atas India, namun lawan berjaya menyamakan kedudukan lima minit sebelum tamat perlawanan.

“Saya tahu segala kekuatan India termasuklah kepakaran mereka dalam menyempurnakan pukulan sudut penalti.

“Saya juga mengharapkan kami akan menang pada pertemuan ini, tetapi akhirnya terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri,” katanya pada sidang media.

India bermula garang apabila di depan seawal minit ke-11 menerusi jaringan padang Chandanda Thimmaiah yang bijak mencari ruang di dalam kawasan D.

Tersentak dengan jaringan itu, Korea menggandakan asakan dan hasilnya mereka dihadiahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-25.

Hyun Hyesung tenang menolak masuk ke gawang lawan untuk menjadikan kedudukan kembali seimbang 1-1.

Kim Seongkyu meletakkan Korea di depan pada minit ke-53 hasil jaringan padang tetapi dua minit kemudian, pakar pukulan sudut penalti India, Raghunath Vokkaliga berjaya menyamakan kedudukan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2015 @ 5:17 AM