DI Kampung Cham.
DI Kampung Cham.
TURUT mengadakan persembahan.
TURUT mengadakan persembahan.
KETIKA melawat perkampungan di Laos.
KETIKA melawat perkampungan di Laos.
KETIKA di Sungai Mekong.
KETIKA di Sungai Mekong.
Oleh Nor Akmar Samudin


Sempena ulang tahun ke-18, kumpulan nasyid popular Rabbani mengadakan beberapa siri jelajah bersama kelab peminat mereka iaitu Rabbani FC (RFC) yang sentiasa memberi sokongan terhadap setiap aktiviti Rabbani.

Anggota Rabbani, Azadan Abd Aziz berkata, misi jelajah di seluruh negara itu bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama ahli RFC di setiap lokasi.

Sebelum ini, Rabbani sudah menganjurkan Kembara RFC di Pulau Pangkor dan Lumut, Perak dan Seberang Jaya, Pulau Pinang. Di Pulau Pinang, mereka turut mengadakan persembahan di Bukit Bendera.

Bukan saja di dalam negara, Rabbani turut berpeluang membawa 50 peminat mereka ke Laos dan Kemboja menerusu program Kembara Bakti Tahfiz Darul Ulama Bersama Rabbani pada 21 hingga 24 Mac lalu.

“Ia pengalaman yang amat bermakna buat Rabbani dan peserta kerana dengan melihat kesusahan dan kedaifan masyarakat Islam di perkampungan perahu dan kawasan pedalaman seperti di Kampung Jiah dan Kampung Cham di sana. Ia membuatkan kami amat bersyukur menjadi rakyat Malaysia.

“Berikutan sambutan yang menggalakkan, kami berhasrat untuk meneruskan pakej ini ke beberapa negara jiran lain antaranya ke Pattani, Thailand Jun ini.

“Selepas Aidilfitri, kami akan ke Aceh, Indonesia pula. Semua peminat Rabbani dijemput turut serta bersama program ini sebagai menyahut hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “tidak sempurna iman seseorang kamu,selagi mana kamu tidak mengasihi saudara kamu seperti kamu mengasihi diri kamu sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Rabbani bakal mengadakan persembahan sempena majlis makan malam Mahabbah Rabbani di Kuala Terengganu pada 17 April ini jam 8.30 malam.

Dalam persembahan itu, mereka juga akan menyanyikan lagu popular daripada Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Amy Search, Yantzen dan lagu lama mereka ketika bersama Nada Murni.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2015 @ 12:02 PM