Oleh Hadzlihady Hassan


Georgetown: Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggang bersama suami dirempuh kereta di kilometer 8.5 Jambatan Pulau Pinang, di sini, pagi tadi.

Dalam kemalangan 3 pagi itu, Asnor Fazeela Osman, 25, maut di lokasi kejadian manakala suaminya Amir Azrin Ahmad Noh, 24, parah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala serta badan.

"Suaminya pula dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan mereka dalam perjalanan dari tanah besar ke pulau.

"Setakat ini, kita sudah menahan pemandu kereta berusia 26 tahun bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2015 @ 11:51 AM