SELAIN jujur, Lana tertarik dengan David kerana lelaki itu antisosial, ‘lurus’ dan tidak merokok.
SELAIN jujur, Lana tertarik dengan David kerana lelaki itu antisosial, ‘lurus’ dan tidak merokok.
Oleh Norhayati Nordin


Jika Liyana Jasmay pernah menghasilkan supertelefilem New York Cinta, pelakon sensasi Lana Nodin pula melakar sejarah tersendiri dalam episod cintanya di bandar raya popular dunia itu.

Pada awal Januari lalu, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 35, terbang ke Amerika Syarikat untuk berkenalan dengan ibu bapa dan keluarga kekasihnya, David McKienzie, 35.

Bagaikan kisah dongeng, Lana yang menjalin cinta dengan bekas pemain bola tampar Amerika Syarikat itu sejak enam bulan lalu dilamar kekasihnya itu bersaksikan panorama New York.

David mewakili negara Uncle Sam itu dalam Sukan Olimpik 2012 di London.

Petang kelmarin, pasangan sejoli ini mengadakan sidang media mengumumkan tarikh perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada 15 Mei ini di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2015 @ 7:05 AM