ANTARA koleksi kasut Walker.
ANTARA koleksi kasut Walker.
ANTARA koleksi kasut Walker.
ANTARA koleksi kasut Walker.
ANTARA koleksi kasut Walker.
ANTARA koleksi kasut Walker.

Kyle Walker (gambar) mengakui dia seorang pembersih, menyebabkan teman wanitanya meradang dan ketagih mengumpul kasut sukan.

Pertahanan Tottenham itu kembali ke skuad England kendalian Roy Hodgson buat kali pertama minggu ini sejak cedera sembilan bulan lalu.

Walker, 23, kali terakhir beraksi dengan skuad Three Lions, November 2013 di mana mereka tewas 0-1 kepada Jerman di Wembley.

Masalah otot perut menyebabkannya tidak dapat beraksi pada Piala Dunia Brazil tahun lalu.

Begitupun sebaik kembali beraksi bersama Spurs Disember lalu, Walker teruja untuk menyertai kesebelasan utama menjelang perlawanan kelayakan Euro 2016 menentang Lithuania, Jumaat ini.

“Begitu banyak ujian saya tempuhi sepanjang karier setakat ini,” kata Walker yang mewakili negaranya 10 kali setakat ini.

“Saya berpendapat kecederaan dan terlepas Piala Dunia begitu mencabar. Tidak dapat beraksi untuk negara saya di Brazil, satu tamparan hebat buat diri saya.

“Dalam bola sepak anda menghadapi naik dan turun, tetapi anda perlu mempunyai kekuatan mental dan perlu sentiasa fokus. Anda sedar, anda seorang profesional dan ada tugas yang perlu dilaksanakan.

“Ia bukannya permainan perseorangan. Ada 10 pemain lagi di padang yang saling bergantung untuk mendapat tiga mata yang cuba anda dapatkan sepanjang minggu.”

Di luar padang, bekas bek kanan Sheffield United mengakui suka bermain golf dengan temannya.

Namun sikap pembersihnya membuatkan teman wanitanya yang juga seorang model, Annie Kilner meradang.

“Saya suka semuanya bersih,” katanya.

“Saya tidak suka bersepah. Teman wanita saya pasti memberitahu saya membuatnya gila dengan perangai pembersih saya.

“Itulah sebabnya mengapa saya mempunyai 20 pek tisu basah di dalam almari jadi jika saya pergi ke almari kasut, saya boleh memastikan semuanya bersih dan segar.

Walker mengakui mewarisi hobi suka mengumpul kasut sukan daripada ibunya.

“Saya memang menggilai kasut sukan,” katanya.

“Itulah kegemaran saya. Saya mewarisinya daripada ibu kerana saya tahu ibu sukakan kasut. Saya mendapat sifat itu daripadanya tetapi kini saya sudah mengatasinya.

“Berapa pasang saya miliki? Oh, saya tidak tahu. Saya tidak boleh beritahu anda. Mungkin 150 pasang.

“Saya masih memiliki kasut di garaj yang masih belum dibuka kerana saya baru berpindah ke rumah baru. Saya boleh katakan agak banyak.

“Tahukah anda, saya rasa ibu mempunyai koleksi itu memenuhi bilik tidur.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2015 @ 11:30 AM