Annie (kanan) meninggalkan Walker selepas diberitahu pemain terbabit ada hubungan sulit dengan wanita lain. FOTO NB Press Ltd
Annie (kanan) meninggalkan Walker selepas diberitahu pemain terbabit ada hubungan sulit dengan wanita lain. FOTO NB Press Ltd
Walker bersama kereta Mercedes V8 baru dibelinya. FOTO REUTERS/NB Press Ltd
Walker bersama kereta Mercedes V8 baru dibelinya. FOTO REUTERS/NB Press Ltd
Agensi

BELI Mercedes V8 untuk memastikan diri terus bermotivasi selepas ditinggalkan oleh teman wanita.

Begitulah dilakukan oleh pemain Manchester City, Kyle Walker untuk melupakan masalahnya itu dengan membeli kereta sport berprestasi tinggi buatan Jerman.

Dia yang juga pemain pertahanan England, dilihat memandu kereta berharga £90,000 (RM490,000) itu selepas sebuah akhbar tabloid mendedahkan seorang bintang realiti TV wanita memberitahu teman wanitanya sekarang dia mempunyai hubungan sulit dengan pemain terbabit.

Walker, 28, dirakam berada di luar apartmen disewa £8,000 sebulan (RM44,000) di Salford, Greater Manchester, yang baru didudukinya bulan lalu selepas berpisah dengan Annie Kilner, 26, yang mempunyai tiga anak bersamanya.

Bekas bintang Ex On The Beach, Laura Brown, 30, memberitahu Annie dia tidur bersama Walker selama empat bulan yang menyebabkan mereka kemudian membuat haluan masing-masing.

Sumber memberitahu: “Kyle melakukan apa yang dilakukan oleh lelaki apabila mereka berpisah dengan seseorang.

“Dia keluar membeli-belah dan mendapatkan ‘permainan baru’ untuk memastikan dirinya tidak lemah semangat.”

Walker yang mengikat kontrak bersama City pada musim panas 2017 dalam rundingan bernilai £50j (RM272j), mempunyai pendapatan sebanyak £130,000 (RM708,000) seminggu.

Walker, 28, juga memiliki sebuah kereta Bentley Bentayga berharga £200,000 (RM1.1 juta).

Laura berkata dia dan Walker turut mengadakan hubungan seks dalam kereta Bentley itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mei 2019 @ 2:28 PM