MAYAT Muhamad Amiruddin yang maut dalam kemalangan malam tadi.
MAYAT Muhamad Amiruddin yang maut dalam kemalangan malam tadi.
Oleh Nur Saliawati Salberi


Melaka: Dua maut masing-masing pemandu pacuan empat roda dan penunggang motosikal dalam kemalangan di Jalan Kandang, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam, penunggang motosikal Muhamad Amiruddin Hakim Abdul Malik, 21, maut di tempat kejadian, manakala pemandu pacuan empat roda yang juga warga Thailand berusia 50 tahun mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Turut cedera adik kepada Amiruddin Hakim iaitu Muhamad Shahril, 20, yang membonceng motosikal ditunggang abangnya itu.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas pacuan empat roda dipandu lelaki warga Thailand itu dikatakan membuat pusingan U secara tiba-tiba sebelum dirempuh motosikal dinaiki dua beradik berkenaan.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 12:25 PM