Kuala Lumpur: Usaha berterusan bagi meningkatkan amalan sumber manusia memastikan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) meraih anugerah antarabangsa ‘50 Best Global Employer Brands Award 2015’ baru-baru ini.

Majlis penyampaian anugerah edisi ke-23 berlangsung pada World HRD Congress di Mumbai, India, bulan lalu dianjurkan bersama oleh Employer Branding Institute dan World HRD Congress.

Anugerah berprestij itu memperakui usaha serta pelaburan FGV dalam meningkatkan pembangunan modal insan, amalan sumber manusia, dasar dan strategi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah berkata FGV menganggap pekerja sebagai aset produktif.

“Dengan memanfaatkan nilai teras seperti usaha sama, saling menghormati, integriti, dan minat, akan terus memacu kecemerlangan serta memenuhi aspirasi semasa dan masa depan kumpulan berkenaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 5:18 AM