BOMBA memadamkan kebakaran di rumah mangsa malam tadi.
BOMBA memadamkan kebakaran di rumah mangsa malam tadi.
Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah: Hasrat pasangan suami isteri menyambut Deepavali bersama keluarga terbantut selepas rumah pusaka didiami sejak 40 tahun lalu musnah terbakar di Jalan Salleh, Kampung Rembia, di sini, malam tadi.

Lebih malang, kejadian kira-kira jam 11.15 malam tu memusnahkan semua persiapan menyambut perayaan Deepavali termasuk kuih maruku.

Kejadian mangsa P Archunan, 61, dan isteri, T Letchumi, 59, berada di rumah anak mereka di Taman Bukit Rembia untuk meraikan Deepavali sebelum dimaklumkan mengenai kebakaran oleh jiran.

Difahamkan, rumah papan berkembar tujuh bilik itu turut disewa pekerja asing warga Nepal namun ketika kejadian tiada penghuni dalam rumah terbabit.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah Pegawai Bomba Kanan ll Eslizan Norhan Amil berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.30 malam.

"Setiba di tempat kejadian didapati api marak memusnahkan sebuah rumah papan namun dan api berjaya dipadam dalam masa 10 minit.

"Punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan manakala anggaran kerugian belum ditafsirkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Oktober 2014 @ 11:48 AM