Antara kaedah moden untuk lepak di restoran atau kafe sudah pasti hanya menggunakan aplikasi telefon pintar.

Apa kena mengena telefon dengan makan? Melalui aplikasi Slurp, anda boleh mencari lokasi restoran berdekatan dan memesan makanan terlebih dulu.

Malah, ketika anda duduk di meja, hanya halakan kamera ke kod QR sebelum menu anda akan disediakan sejurus kemudian.

Ia dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan menghasilkan sistem ‘point of sale’ (POS) moden berasaskan perkomputeran ‘cloud’ sepenuhnya dinamakan Slurp. Aplikasi terbabit juga membolehkan pelanggan melihat restoran berdaftar dengan Slurp yang berada di sekitar mereka.

Konsep baru ini juga tidak memerlukan pelayan yang ramai untuk mengambil pesanan dan pekerja restoran atau kafe boleh menumpukan usaha menyediakan makanan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Februari 2015 @ 12:03 PM