KOMBINASI warna sesuai mampu menceriakan suasana.
KOMBINASI warna sesuai mampu menceriakan suasana.
TELITI juga kecenderungan atau minat anak anda.
TELITI juga kecenderungan atau minat anak anda.
HIASI dinding dengan motif kegemaran anak anda.
HIASI dinding dengan motif kegemaran anak anda.
OLAHAN warna juga tidak terhad pada dinding semata-mata.
OLAHAN warna juga tidak terhad pada dinding semata-mata.
ASPEK praktikal sudah tentu menjadi keutamaan.
ASPEK praktikal sudah tentu menjadi keutamaan.

Gaya hidup masa kini sering meletakkan idea menghias bilik si kecil antara agenda utama untuk keselesaan atau hadiah paling bermakna.

Menampilkan gaya dekorasi impian di bilik si kecil pastinya memberikan keceriaan berpanjangan yang mampu membuatkan anak anda begitu teruja.

Suasana fantasi yang cuba dizahirkan itu lebih menarik jika berdasarkan minat, karakter dan personaliti anak anda itu.

Bermula dengan latar dinding, reka bentuk katil dan almari hingga aksesori hiasan, semuanya saling berkaitan dengan karakter kartun kegemaran.

Sudah lumrah, anak perempuan meminati karakter kartun puteri dan selesa dalam dekorasi rona lembut iaitu merah jambu dan putih.

Bagi remaja perempuan, kecenderungan memilih perhiasan atau latar lebih matang diperlihatkan.

Seiring usia dan personaliti, bilik tidur mereka juga perlu dihias lebih feminin dan lembut.

Kertas dinding beralih kepada motif mawar atau bunga-bungaan lain, tetapi masih dalam rona warna sama.

Perubahan reka bentuk katil dan kemasan langsir juga tampil dengan aura tidak keanak-anakan.

Tidak dinafikan dalam usia ini, anak anda pastinya begitu menggemari dekorasi yang menyerlah dengan gaya Inggeris.

Ini kerana gaya berkenaan sarat dengan warna lembut dan aksesori hiasan bunga-bungaan.

Bagaimanapun, konsep moden yang diketengahkan menerusi pilihan tema merah jambu dengan hijau lembut juga tidak kurang tarikan keceriaan.

Gabungan merah jambu dan hitam pula tetap ada keunikannya selain kombinasi rona biru bersama hijau muda.

Aura warna-warna ini memang sesuai untuk bilik anak perempuan dan lelaki.

Sesuai dengan karakter lasak, anak lelaki pula terkenal dengan pilihan berbeza termasuk latar warna dan karakter lebih garang.

Malah, anak lelaki juga biasanya terikut-ikut dengan dekorasi kesukaan bapanya seperti dinding dihiasi mural padang bola atau kawasan lumba kereta.

Mengambil kira pandangan empunya bilik juga antara yang dicadangkan supaya dekorasi dicetuskan lebih bermakna.

Anda boleh tunjukkan contoh dekorasi bilik tidur kepada mereka sebagai panduan.

Begitu juga dalam pemilihan warna untuk dinding dan perabot. Berikan tunjuk ajar kepada anak anda dalam memilih warna yang sesuai.

Jika berminat dengan satu warna, pilih kesesuaiannya. Terang dan gelap warna yang sama juga memberi variasi berbeza.

Ini kerana bilik tidur adalah ruang paling privasi dan pastikan ia kemas, selesa serta tidak membosankan untuk ketenangan sepanjang masa.

Panduan keselamatan dekorasi bilik kanak-kanak

- Jangan letak kerusi atau sebarang perabot berhampiran tingkap bagi mengelak mereka memasukkan kepala di celah jeriji.

- Elakkan memasang langsir labuh hingga mencecah lantai bagi mengelak kanak-kanak menariknya atau terjatuh akibat terpijak langsir.

- Tukar ambal yang koyak atau bergulung di hujung atau tepi. Lantai jubin atau marmar yang pecah hendaklah diganti segera bagi mengelak kanak-kanak tersungkur atau luka terpijak.

- Perhiasan kecil, kaca dan tembikar yang mudah pecah tidak sesuai di bilik si kecil.

- Elak menempatkan terlalu banyak perabot dalam bilik dan pastikan ia tidak berhabuk kerana saluran pernafasan bayi terlalu kecil dan mudah terganggu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Februari 2015 @ 5:06 AM