KEADAAN ambulans yang terlibat dalam kemalangan yang melibatkan seorang mati tujuh cedera di Lebuhraya Ipoh-Lumut. FOTO Farhan Najib
KEADAAN ambulans yang terlibat dalam kemalangan yang melibatkan seorang mati tujuh cedera di Lebuhraya Ipoh-Lumut. FOTO Farhan Najib
Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop


Ipoh: Seorang wanita maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van ambulans Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kereta jenis Honda Accord di lebuh raya Ipoh-Lumut berdekatan persimpanggan Jalan Kledang, di sini.

Dalam kejadian kira- kira 7.30 malam tadi, mangsa yang menemani ibunya ke hospital menaiki ambulans berkenaan maut di tempat kejadian manakala lima yang berada di dalam ambulans berkenaan cedera.

Ketua Operasi Bomba, Ramli Lot ketika ditemui ditempat kejadian berkata, pemandu serta penumpang Honda Accord turut mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan.

Katanya, anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa sudah meninggal dunia selepas tercampak di atas jalan raya dan tiada mangsa yang tersepit.

"Polis membawa mayat mangsa ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat dan operasi selesai kira- kira 9 malam tadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Februari 2015 @ 9:51 PM