KEADAAN kenderaan yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan bomba
KEADAAN kenderaan yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan bomba
Muhamad Izzat Nasuruden


Batu Gajah: Seorang maut dan seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta yang bertembung di hadapan sebuah sekolah menengah di Jalan Ipoh-Lumut dekat Batu Gajah malam tadi.

Jurucakap Bomba Negeri berkata, kemalangan membabitkan sebuah teksi yang bertembung dengan kereta Proton Wira menyebabkan pemandu teksi berusia 60 tahun maut, manakala seorang lagi pemandu kenderaan berusia 23 tahun cedera.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.42 malam lalu segera ke lokasi kejadian.

"Pihak ambulans sudah tiba di lokasi kejadian sebelum bomba tiba.

"Maklum awal mendapati mangsa yang menaiki Proton Wira dikeluarkan dengan bantuan orang awam dan diserahkan kepada pihak ambulans.

"Manakala pemandu teksi yang tersepit di bahagian pemandu dikeluarkan anggota bomba mengunakan alat keselamatan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan jam 8.42 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Jun 2016 @ 10:28 AM