Basikal sifatnya sebagai pengang­kutan mudah dan menyeronokkan. Itu bagi basikal yang dibina me­ngikut asas keperluan standard basikal.

Namun bagi sesetengah individu, makna keseronokan berbasikal adalah apabila dapat menghasilkan basikal luar biasa, lain daripada lain dan memerlukan kekuatan serta kepakaran untuk mengayuh.

Satu daripada basikal ini adalah Mutandem, basikal yang dibina tinggi atau dalam erti kata lain layak digelar sebagai basikal berting­kat.

Ini kerana kerangka yang meletakkan pelana dan pedal basikal ini sengaja dibina lebih tinggi dan seterusnya memerlukan kawalan keseimbangan yang lebih berbanding basikal lain.

Menurut penciptanya, Alan Sikiric, basikal ini berkeupayaan melakukan aksi teknikal yang lebih baik berbanding basikal lain.

TIP KAYUH

Asas dalam berkayuh adalah mudah. Semakin rendah kedudukan ketika berkayuh, semakin rendah pusat graviti yang memberikan lebih kelajuan dan kawalan.

Bagaimanapun, keadaan kedudukan badan atau waktu membong­kok ini berbeza mengikut keadaan ketika di laluan lurus atau di selekoh.

Membongkok di laluan lurus

-Cara terbaik mencapai kelajuan adalah dengan membongkok. Membongkok memberi kelebihan pada kawalan.

-Tumpukan perhatian di depan dan jangan genggam pemegang terlalu keras. Kekerasan pada pemegang akan mencetuskan tindakan biasa luar kawalan, terutama jika terlanggar permukaan tidak rata.

-Pastikan kaki tidak 'terikat' dengan pedal pengayuh. Ini kerana kedudukan kaki yang bebas memudahkan tindak balas serta-merta di mana kaki bertindak sebagai pe­nyerap hentak sokongan semula jadi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Februari 2015 @ 5:00 AM