KEADAAN motosikal mangsa yang terperosok di bawah tayar belakang lori kontena di persimpangan lampu isyarat Pegoh, Lebuh AMJ, Simpang Ampat, Alor Gajah. FOTO Arifin Salleh
KEADAAN motosikal mangsa yang terperosok di bawah tayar belakang lori kontena di persimpangan lampu isyarat Pegoh, Lebuh AMJ, Simpang Ampat, Alor Gajah. FOTO Arifin Salleh
Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah: Remaja lelaki terbunuh selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan lori kontena di persimpangan lampu isyarat Pegoh, Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ), di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi, Mohd Afendi Adnan, 18, dari Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah, maut di tempat kejadian.

Kemalangan dipercayai selepas mangsa yang menunggang motosikal bersama empat rakan lain dikatakan gagal mengelak lori yang keluar dari kawasan perindustrian lalu merempuh bahagian sisi belakang sebelah kiri kenderaan berat itu.

Akibat rempuhan mangsa bersama motosikal terperosok bawah lori berkenaan.

Jurucakap polis berkata, mayat dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Februari 2015 @ 3:43 PM