Lori simen yang terbabit kemalangan. FOTO Mohd Hilmie Hussin
Lori simen yang terbabit kemalangan. FOTO Mohd Hilmie Hussin
Oleh Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Lori simen dipercayai terbabas sebelum terbalik ke dalam longkang di tepi Lebuh Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin (AMJ), berhampiran persimpangan lampu isyarat dari Kandang ke Semabok, di sini, kira-kira 10 pagi tadi.

Bagaimanapun, pemandunya yang berusia lewat 20-an terselamat dan hanya mengalami cedera ringan di muka.

Akibat kemalangan itu, minyak dan simen dibawa terbabit tumpah memenuhi longkang dan difahamkan kerja pembersihan akan dilakukan pihak kontraktor.

Sementara itu, sepasukan lima pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu ke tempat kejadian dan mereka melakukan kerja memutuskan pendawaian lori terbabit bagi mengelak berlaku kebakaran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2015 @ 3:09 PM