LISA ketika di majlis pelancaran treler filem Cicakman 3. FOTO Syanty Octavia Amry
LISA ketika di majlis pelancaran treler filem Cicakman 3. FOTO Syanty Octavia Amry
Syanty Octavia Amry


Kuala Lumpur: Desas desus mengenai berita kehamilan pelakon Lisa Surihani akhirnya terjawab apabila dia mengiyakan perkara berkenaan, malam ini.

Lisa, 30, ketika ditemui selepas pelancaran treler filem Cicakman 3 berkata, dia tidak berniat menyembunyikan perkara berkenaan, namun disebabkan usia kandungannya masih baru dia lebih selesa berdiam diri saja.

"Saya tidak berniat merahsiakan perkara ini daripada umum, namun disebabkan kandungan terlalu awal, saya perlu mengikut nasihat orang-orang tua supaya tidak mewar-warkan perkara berkenaan.

"Pun begitu, saya tidak dapat memberitahu tahu usia sebenar kandungan saya cukuplah saya umumkan yang saya memang sedang hamil," katanya.

Terdahulu Lisa yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah, Yusri Abdul Halim pada 23 Februari 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 January 2015 @ 10:14 PM