Oleh Mohamad Fahd Rahmat

Kulaijaya: Kerajaan akan mengkaji bagi mengecualikan visa untuk pelancong warga China dalam usaha menarik lebih ramai pelancong dari negara berkenaan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pengecualian itu dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet hari ini.

"Kabinet hari ini sepatutnya membincangkan mengenai pengecualian yuran visa kepada pelancong dari negara China tetapi kabinet merasakan perlu membincangkan isu lebih besar iaitu pengecualian visa itu sendiri, " katanya.

Beliau berkata demikian semasa lawatan kerja ke pusat beli belah Johor Premium Outlet (JPO) di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan kebudayaan Negeri Datuk Tee Siew Kiong.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 January 2015 @ 5:31 PM