Brisbane: Sentuhan magis pemain tengah, Yaser Kasim memberikan Iraq kemenangan tipis 1-0 ke atas Jordan yang beraksi dengan 10 pemain semalam.

Yaser yang bermain untuk Swindon Town dalam liga ketiga bola sepak Inggeris, menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-77 dengan sentuhan magis gaya Messi di samping sedikit tuah.

Membawa bola dari luar kotak penalti Jordan, pemain berusia 23 tahun itu menggelecek tiga pemain lawan sebelum melepaskan tendangan padu.

Bola itu tertampan kaki Tareq Khattaba, menyebabkan kapten dan penjaga gol Jordan, Amer Shafithew tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyela matkan gawangnya daripada dibolosi.

Gol Yaser itu satu-satunya aksi menghidupkan perlawanan yang pada dasarnya agak membosankan kerana kedua-dua pasukan mengambil pendekatan terlalu berhati-hati.

Iraq kini berada dalam laluan untuk mara ke suku akhir dan mungkin mengulangi kisah dongeng yang menyaksikan mereka muncul juara Piala Asia pada 2007, kemenangan yang menyaksikan seluruh negara dilanda perang itu berpesta. - Reuterss

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 January 2015 @ 5:40 AM