Alif Amal Azhari


Miri: Orang ramai menemui ikan paus terdampar di tepi pantai Kuala Sungai Siwak, Bakam di sini, hari ini.

Ikan paus yang dianggarkan seberat lebih satu tan itu ditemui kira-kira jam 6 pagi itu sebelum memaklumkan kepada pasukan bomba untuk tindakan lanjut.

Ikan paus berkenaan dipercayai tersesat ketika mencari makanan sebelum di bawa arus dan tersangkut apabila air surut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan itu jam 7.11 pagi.

Menurutnya, pasukan bomba dan bersama penduduk kampung kemudian membantu menarik haiwan itu ke tengah laut.

"Sehingga kini operasi mengalihkan ikan pausberkenaan sedang giat dijalankan," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mei 2017 @ 10:13 AM
Anggota bomba bersama penduduk menolak ikan paus yang terdampar di Pantai Kuala Sungai Siwak Bakam Miri. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba bersama penduduk menolak ikan paus yang terdampar di Pantai Kuala Sungai Siwak Bakam Miri. FOTO ihsan bomba