Ahli keluarga mengusung keranda Pravin yang meninggal dunia dipercayai dipaksa minum racun oleh sekumpulan pelajar lain, minggu lalu. FOTO Raja Noraina Raja Rahim
Ahli keluarga mengusung keranda Pravin yang meninggal dunia dipercayai dipaksa minum racun oleh sekumpulan pelajar lain, minggu lalu. FOTO Raja Noraina Raja Rahim
Raja Noraina Raja Rahim


Seremban: Pelajar lelaki yang dipercayai dipaksa minum racun oleh sekumpulan pelajar lain minggu lalu, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini, malam tadi.

Mangsa, S Pravin, 15, meninggal dunia 8.30 malam ketika dirawat di hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin ketika dihubungi mengesahkan kematian mangsa dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Dalam kejadian jam 5.30 petang Rabu lalu, mangsa dipercayai menegur kumpulan pelajar terbabit yang sedang menghidu gam di Pekan Nilai, di sini.

Kumpulan terbabit berang lalu bertindak memegang kaki dan tangan mangsa serta menuang cecair ke dalam mulut. Mangsa mengadu sakit perut dan muntah kepada bapanya sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Nilai lalu dirujuk ke HTJ.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2017 @ 2:29 PM