PENGGUNA tidak dapat mengakses Instagram melalui aplikasi atau di komputer.
PENGGUNA tidak dapat mengakses Instagram melalui aplikasi atau di komputer.
Afiq Hanif


Kuala Lumpur: Instagram mengesahkan ia mengalami gangguan pelayan 1.30 pagi tadi yang mengakibatkan lebih 600 juta penggunannya tidak dapat mengemaskini dan melihat foto menerusinya.

Pengguna tidak boleh mengakses Instagram sama ada melalui aplikasi atau fungsi desktop dengan paparan kod 'server error' atau tempoh membuka aplikasi yang mengambil masa lama.

Instagram dalam statusnya beberapa jam kemudian memaklumkan pihaknya segera membaik pulih masalah terbabit secepat mungkin. I

Tinjauan IT@Metro mendapati aplikasi Instagram serta fungsi webnya kembali pulih dalam tempoh sejam.

Menurut kajian penyelidik TNS Kantar, lebih 73 peratus pengguna telefon pintar di Malaysia mempunyai akaun Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 April 2017 @ 2:07 PM