Imej suspek yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV). FOTO ihsan polis
Imej suspek yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV). FOTO ihsan polis
Mohamad Fahd Rahmat


Muar: Polis sedang memburu tiga suspek kes samun bersenjata di sebuah rumah di Jalan Salleh, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, dalam kejadian 4 pagi itu, suspek memecah masuk ke dalam rumah dengan seorang daripada mereka bersenjatakan pisau.

“Ketika kejadian, seorang wanita berusia lingkungan 20 tahun bersama dua anak dan pembantu rumah berada di kediaman itu manakala suami tiada di rumah.

"Suspek melarikan pelbagai barangan kemas seperti rantai, cincin dan gelang tangan berharga antara RM10,000 ke RM15,000, namun mangsa tidak diapa-apakan.

"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 April 2017 @ 4:01 PM