Badrila dan ibunya, Ainon menyiram air di pusara Allahyarham. FOTO  Muhammad Sulaiman
Badrila dan ibunya, Ainon menyiram air di pusara Allahyarham. FOTO Muhammad Sulaiman
Iskandar Shah Mohamed


Banting: Jenazah bapa kepada Pengarang Berita Harian Metro, Badrila Jamlus selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Manggis, petang tadi.

Allahyarham Jamlus Mohd Yusof, 77, menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarga di Kampung Sungai Manggis, akibat menghidap kanser hati, 1.55 petang tadi.

Badrila, 43, berkata, Allahyarham disahkan menghidap penyakit itu sejak Februari lalu oleh sebuah hospital swasta berikutan tahap kesihatannya semakin merosot.

"Arwah kemudian mendapatkan rawatan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Cheras sebelum dipindahkan ke Hospital Banting awal bulan ini.

"Minggu lalu, arwah dibawa pulang ke rumah keluarga dan mula tenat selama beberapa hari lalu sebelum meninggal dunia ketika Zuhur tadi," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Allahyarham meninggalkan isteri, Ainon Saibudin, 75, empat anak dan 16 cucu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 April 2017 @ 9:30 PM