Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, tersingkir.
Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, tersingkir.
Ferzalfie Fauzi


Kuching: Beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tersingkir di pusingan pertama Terbuka Malaysia selepas tewas kepada Edi Subaktiar-Gloria Emanuelle Widjaja dari Indonesia, sebentar tadi.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu gagal mengekalkan momentum kemenangan 21-18 pada set pertama apabila tewas dua set berikutnya 19-21, 17-21 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Perpaduan, Petra Jaya.

Satu lagi beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Peck Yen Wei turut gagal ke pusingan kedua selepas tunduk kepada pasangan Korea Selatan, Choi Sulgyu-Chae Yoo Jung 20-22, 16-21.

Gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula tunduk di tangan Kenta Kazuno-Ayane Kurihara dari Jepun 21-6, 19-21, 13-21.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 April 2017 @ 12:08 AM