Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Polis mengesan kegiatan sebuah pertubuhan dipercayai mengurniakan darjah kebesaran palsu.

Ia susulan laporan daripada tiga individu termasuk pegawai kerajaan berusia antara 50 hingga 60 tahun yang mendakwa menerimanya dalam satu majlis di sebuah hotel, di sini, pada 3 Mac lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan mengikut Enakmen A54 Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salah Guna)(Pindaan 2015).

"Siasatan awal mendapati pertubuhan itu akan memberikan darjah kebesaran kepada individu yang membayar sejumlah wang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan itu juga dibuat bagi menjaga nama baik institusi raja negeri ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mac 2017 @ 4:00 PM
Ab Rahman (dua, kanan) bersama pegawainya menunjukkan beberapa gambar di satu majlis anjuran sebuah pertubuhan untuk pemakaian pangkat darjah kebesaran palsu. FOTO Zaman Huri Isa
Ab Rahman (dua, kanan) bersama pegawainya menunjukkan beberapa gambar di satu majlis anjuran sebuah pertubuhan untuk pemakaian pangkat darjah kebesaran palsu. FOTO Zaman Huri Isa