Oleh Fuad Hadinata Yaacob

Shah Alam: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam berkuat kuasa 2 Januari lalu.

Beliau menggantikan Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan yang bersara pada 1 November lalu.

Tempat Ahmad Zaharin kini disandang Datuk Haris Kasim yang sebelum ini Pegawai Daerah Hulu Langat.

Pelantikan berkenaan diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohammed Khusrin Munawi dalam laman Facebooknya tadi.

Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT) yang turut dilantik ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang Mohd Sayuthi Bakar dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Abd Hamid Hussain.

Turut dilantik ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) Puasa Mohd Taib dan Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Azlinda Azman.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 January 2015 @ 5:38 PM