PRODUK penjagaan wajah guna bahan semula jadi bebas paraben, phthalate dan sulfat.
PRODUK penjagaan wajah guna bahan semula jadi bebas paraben, phthalate dan sulfat.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Kehamilan menyebabkan berlaku banyak perubahan pada wanita. Perubahan paras hormon terutama estrogen dan progesteron bukan sahaja mempengaruhi bentuk tubuh malah menjadi punca masalah kulit. Antara masalah kulit yang lazim dihadapi bakal ibu ialah jerawat, pigmentasi, kulit kering, wajah kusam, kegatalan dan keradangan hingga menyebabkan golongan ini berasa tidak selesa serta kurang berkeyakinan dengan penampilan diri.

Dalam usaha mengatasi masalah kulit terbabit, timbul kebimbangan jika produk penjagaan wajah yang digunakan tidak sesuai kepada ibu hamil kerana mengandungi bahan kimia.

MaMaGlows antara pilihan yang baik buat mereka yang mencari produk penjagaan wajah selamat digunakan sepanjang tempoh kehamilan dan selepas kelahiran. Ini kerana kedua-dua produk terbabit menggunakan bahan sumber semula jadi yang bebas bebas paraben, phthalate dan sulfat.

Menurut pengasasnya Nurul Aida Mohd Razali, kebanyakan produk penjagaan wajah di pasaran mengandungi retinoid, asid alfa hidroksi dan asid salisilik. Bahan ini tidak berbahaya tetapi sebaik-baiknya dielakkan penggunaannya oleh ibu hamil.

Mula diperkenalkan pada Mei 2016, MaMaGlows mengetengahkan Gorgeous Glows Advanced Facial Cleanser dan Gorgeous Glows Advanced Treatment Serum yang menyasarkan ibu hamil dan menyusu.

Pembersih Gorgeous Glows berkenaan diperkaya minyak zaitun, minyak badam dan ekstrak witch hazel, bilberi, aloe vera, oren serta lemon. Ia membersih dengan berkesan untuk menjadikan kulit lebih halus dan mencerahkan wajah.

Sementara itu, serum berkenaan pula dirumus daripada minyak argan, minyak badam dan ekstrak tomato, sirih serta rumpai laut. Hanya disapu ringan pada wajah yang sudah dibersihkan pada waktu pagi dan malam, ia bertindak merawat pelbagai masalah kulit, mencerah dan melembapkan kulit wajah.

“Di Malaysia, tiada lagi produk penjagaan wajah yang dikhaskan kepada ibu hamil dan menyusu. Ini berbeza dengan pasaran di Amerika Syarikat dan Australia yang menawarkan begitu banyak jenama yang bersesuaian untuk golongan ini.

“Ini mendorong saya untuk menimbulkan kesedaran kepada wanita supaya menggunakan produk yang selamat dalam menjaga kecantikan wajah.

“Ia produk penjagaan wajah yang ringkas dan praktikal, sesuai dengan keperluan ibu hamil yang ada antaranya mengalami alahan teruk.

“Jadi dengan hanya menggunakan dua produk ini, bakal ibu hanya memerlukan masa singkat untuk tampil berseri. Walaupun MaMaGlows menyasarkan golongan ibu hamil dan ibu menyusu, produk ini juga sesuai untuk semua terutama yang menitikberatkan kecantikan wajah,” katanya.

Bagi melengkapi produk penjagaan wajah, ia turut menghasilkan salap bibir Purelips bagi mengelak bibir merekah dan warna kehitaman.

Salap bibir ini mengandungi mentega shea, minyak badam, minyak argan, minyak avokado dan ekstrak madu yang bertindak merawat, melembap dan melembutkan bibir. Maklumat lanjut melalui www.mamaglows.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mac 2017 @ 2:55 AM