EMPAT suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kampar. FOTO L Manimaran
EMPAT suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kampar. FOTO L Manimaran
Muhammad Apendy Issahak


Kampar: Empat lelaki bersaudara didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mengedar syabu seberat 14.6 kilogram, 13 Mac lalu.

Tiga beradik dan seorang sepupu itu didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan berdepan hukuman gantung sampai mati.

R Kalitazan@Nur Azan Abdullah, 44; dua adiknya R Elanggo, 30, dan R R Viknesswara, 28 serta sepupu mereka B Kalidass, 41, didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2 petang 13 Mac lalu dalam sebuah bangsal di lombong kosong di Gua Tempurung.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Azriah Zaid dihadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan, manakala kesemua tertuduh diwakili Sukhdave Singh dan Kashvinder Singh.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh.

Nurul Asyifa kemudian menetapkan 8 Mei ini untuk sebutan semula kes dan penyerahan laporan kimia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mac 2017 @ 12:13 PM