Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor (tiga dari kanan) menunjukkan barangan yang dirampas. - Foto AIZUDDIN SAAD
Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor (tiga dari kanan) menunjukkan barangan yang dirampas. - Foto AIZUDDIN SAAD
Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Polis menahan menahan tiga suspek anggota kumpulan curi kereta di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Isnin lalu, dan merampas lima kereta mewah dianggar bernilai RM900,000.

Ketiga-tiga suspek berkenaan berusia antara 30 hingga 39 tahun itu, aktif melakukan pecah rumah dan mencuri kereta di beberapa negeri termasuk di ibu kota.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, hasil siasatan lanjut, pihaknya mengesan tiga suspek di sebuah inap desa di Nibong Tebal sebelum melakukan serbuan.

“Kami menahan tiga suspek sindiket mencuri kereta samun rumah dengan bantuan polis dari Balai Polis Nibong Tebal.

"Hasil soal siasat, kami merampas tiga kereta disyaki dicuri di Nibong Tebal, satu kereta di Jalan Klang Lama dan satu kereta di Kota Damansara," katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang mengesan dua lagi suspek dari kumpulan berkenaan yang masih bebas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2017 @ 12:02 PM