MAYAT mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. FOTO ihsan APM
MAYAT mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. FOTO ihsan APM
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Betong: Mayat lelaki yang disambar buaya di Sungai Undey, Pusa, semalam ditemui 10.15 pagi tadi.

Besimilah Rajali, 46, ditemui kira-kira 150 meter dari lokasi dia dilaporkan disambar reptilia itu.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Betong berkata, mangsa ditemui pasukan pencari yang menyambung semula operasi mencari dan menyelamat (SAR) pagi ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya di bawa ke jeti berhampiran sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi SAR ditamatkan sebaik mangsa ditemui dan mayatnya dibawa ke Hospital Betong untuk bedah siasat.

"Operasi SAR yang disambung semula pagi tadi turut disertai Bomba, Polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ," katanya.

Besimilah bersama dua rakannya sedang mengikat batang pokok rumbia di sungai berkenaan sebelum dia disambar sang bedal kira-kira 4 petang semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2017 @ 2:06 PM