PROMOSI dari ‘mulut ke mulut’ antara penyumbang kejayaan.
PROMOSI dari ‘mulut ke mulut’ antara penyumbang kejayaan.

Filem Rangoon lakonan Shahid Kapoor menjadi filem ‘pecah panggung’ keempat tahun ini selepas kejayaan filem Raees, Jolly LLB2 dan Kaabil.

Filem arahan Vishal Bhardwaj itu yang berlatarkan Perang Dunia Kedua itu turut membariskan pelakon hebat, Saif Ali Khan dan Kangana Ranaut.

Rangoon yang mula ditayangkan dua hari lalu pada mulanya kurang mendapat sambutan, namun ia semakin mendapat rentak dan terus tersenarai sebagai filem ‘pecah panggung’.

Menurut sumber, antara yang menyumbang kepada kejayaan filem itu ialah promosi dari ‘mulut ke mulut’ penonton yang sudah menonton filem berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 5:02 AM