Xperia XZ Premium dengan paparan 4K HDR. FOTO Afiq Hanif
Xperia XZ Premium dengan paparan 4K HDR. FOTO Afiq Hanif
Afiq Hanif


Barcelona: Sony Mobile Communications mengekalkan fokusnya pada produk berdefinisi tinggi (HD) melancarkan model Xperia XZ Premium dengan paparan 4K HDR.

Tumpuan kepada kamera 19 megapiksel di belakang dan 13 megapiksel untuk kamera dengan ciri rakaman video 960fps yang memberikan gambar 'slow motion' paling baik.

Ia dilengkapi sensor Exmor RS yang memproses imej lima kali lebih pantas selain dikuasakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 835 yang mampu menawarkan rangkaian Gigabit-Class LTE (sehingga 1Gbps).

Xperia XZ Premium datang dengan Android 7.1 Nougat dan RAM sebanyak 4GB di samping storan dalaman 64GB.

Selain itu, ia mempunyai bateri berkapasiti 3230mAh dan sambungan USB jenis C.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Februari 2017 @ 9:16 PM