RAUDHAH berkongsi pengalamannya menghidap kanser sarcoma tahap 4. FOTO Saifulhizan
RAUDHAH berkongsi pengalamannya menghidap kanser sarcoma tahap 4. FOTO Saifulhizan
Ardyhansah Amat

Kuala Lumpur: Keterujaan seorang gadis memulakan sesi persekolahannya di tingkatan empat tidak bertahan lama apabila dia disahkan menghidap penyakit kanser sarcoma, awal tahun ini.

Raudhah Mohd Nazif, 16, ketika ditemui berkata, awalnya dia hanya menyedari satu ketulan kecil di pahanya, tiga hari sebelum sesi persekolahan bermula.

“Ia semakin membesar dan saya terpaksa menjalani pembedahan kecil selepas minggu ketiga bersekolah.

“Kemudian pada 27 Januari lalu, keputusan pembedahan dan imbasan pembedahan yang lalu keluar dan ketika itu doktor mengesahkan saya mengalami sarcoma tahap empat, sejenis kanser tisu,” katanya ketika ditemui sempena Sambutan Hari Kanser Sedunia di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, semalam.

Lebih memeritkan kanser berkenaan turut dikesan hampir di keseluruhan badannya termasuk tulang, darah, hati dan paru-paru.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2017 @ 6:02 AM