Syarifah Dayana Syed Bakri


Kuala Lumpur: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melancarkan aplikasi mobil semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang membolehkan pemohon membuat semakan berkaitan status penghantaran borang dan permohonan.

Ia juga membolehkan pemohon menyemak status bayaran dan rayuan.

Pemohon hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan menjawab beberapa soalan keselamatan berdasarkan maklumat peribadi.

Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma di App Store untuk pengguna iOS dan Play Store untuk pengguna Android dengan carian Semakan BR1M.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2017 @ 5:13 PM