RANGKAIAN produk dihasilkan daripada 100 peratus teh hijau segar.
RANGKAIAN produk dihasilkan daripada 100 peratus teh hijau segar.
DEKORASI stor yang mengekalkan konsep keindahan alam sekitar.
DEKORASI stor yang mengekalkan konsep keindahan alam sekitar.

Memiliki kulit yang cantik dan sihat menjadi impian ramai tidak kira lelaki mahupun wanita yang begitu mementingkan kesempurnaan penampilan wajah.

Jenama penjagaan kecantikan dan penjagaan kulit dari Korea, Innisfree kini memperkenalkan produknya dengan lebih meluas ke negara ini.

Pengurus Besar Amorepacific Malaysia, Margaret Chin berkata, jenama berkenaan sentiasa berusaha untuk memperkenalkan rangkaian kecantikan kulit itu kepada lelaki dan wanita Asia yang mementingkan penampilan kulit tanpa cela dan berseri.

"Sejak kebelakangan ini, permintaan produk kecantikan yang mengandungi bahan semula jadi semakin meningkat. Penggunaan bahan terbaik dari Pulau Jeju menerusi kepelbagaian pemilihan bunga hinggalah tumbuhan lain, juga rumpai laut digemari pengguna bukan saja di Korea malah di China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Malaysia.

"Selain memberi kecantikan dan kesihatan kepada kulit, kami mahu mengajak orang ramai untuk membantu mengurangkan impak negatif kepada alam sekitar menerusi pemakaian produk yang mengandungi bahan semula jadi," katanya.

Ujarnya, empat sistem utama diambil kira untuk setiap pembuatan produknya bagi menjadikan rangkaiannya bebas paraben, tidak mengandungi haiwan, pewarna dan minyak mineral.

Antara rangkaian yang dicipta sesuai untuk kulit orang Asia dan terlaris di pasaran ialah Green Tea Seed Serum, Super Volcanic Pore Clay Mask serta Eco Science White 'C' Pore Double Serum.

Jenama itu direka dengan falsafah untuk menjalani gaya hidup sihat kepada tubuh dan minda menerusi penggunaan bahan semula jadi dari pulau yang dikenali bersih dalam kalangan penduduk dan pelancong.

Kajian dijalankan penuh teliti, sekali gus menjadikan rangkaian jenama itu terus berusaha melahirkan masyarakat yang peka terhadap kecantikan berteraskan kehijauan alam sekitar.

Bertahun-tahun lamanya jenama itu berusaha memelihara keseimbangan alam semula jadi dengan menggunakan bahan mesra alam seperti bekas rendah karbon bersama pembungkusan 100 peratus bahan kitar semula.

Labelnya diperbuat daripada kulit limau mandarin yang diguna semula menerusi inovasi rekaan dan penjenamaan yang peka terhadap alam semula jadi.

Dedikasi jenama ini terhadap kestabilan dan perlindungan alam semula jadi dapat dilihat menerusi pembabitannya menerusi Kempen Green Life yang mengumpulkan botol kosong dan sapu tangan mesra alam.

Hubungan antara jenama berkenaan dan Pulau Jeju bermula sejak 1979. Ketika itu, jenama berkenaan berjaya mengubah tanah terbiar yang berbatu di situ menjadi ladang teh hijau bebas racun perosak untuk kali pertama.

Kini, jenamanya berjaya menampilkan kembali 10 bahan utama yang digunakan dalam produk kosmetik seperti teh hijau, mustard laut, skoria volkanik, kulit limau mandarin, kacang soya hijau, canola, kamelia, jejubija (buah pala) dan barli hijau.

Semua rangkaian jenamanya kini boleh didapati di cawangan baru di pusat beli-belah Sunway Pyramid. Salah satu tarikan utama ialah beg mesra alam edisi terhad yang direka khusus sempena pelancaran jenamanya di negara ini.

Peluang mendapatkan beg ini (sementara stok masih ada) menerusi pembelian barangan berharga RM300 ke atas dalam satu resit.

Setiap beg mengandungi cenderamata istimewa seperti Innisfree Green Tea Balancing Kit dan buku fotografi Lee Min Ho edisi terhad. Bukan itu saja, 100 penerima beg edisi terhad itu berpeluang bertemu duta jenama, Lee Min Ho secara langsung pada Innisfree Festa 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 January 2015 @ 5:02 AM