Najib beramah mesra dengan murid-murid semasa melawat bangunan baharu sekolah selepas merasmikan bangunan bahaaru SJK Chung Hua No.4 di Kuching. FOTO Nadim Bokhari
Najib beramah mesra dengan murid-murid semasa melawat bangunan baharu sekolah selepas merasmikan bangunan bahaaru SJK Chung Hua No.4 di Kuching. FOTO Nadim Bokhari
Shamran Sarahan


Kuching: Kerajaan komited fokus terhadap peningkatan kualiti pendidikan negara bagi menambah baik nilai dan karakter rakyat yang cemerlang di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, perkara itu penting kerana dunia hari ini sudah berubah dan ikatan perhubungan merentasi masyarakat di seluruh dunia.

Menurut beliau, semua itu memerlukan pendidikan yang jitu perlu dipacu kerajaan terutama dalam kemahiran pelbagai bahasa.

"Bahasa Inggeris sebagai bahasa lingua franca yang penting untuk berkomunikasi dengan masyarakat dunia. Begitu juga dengan bahasa Mandarin.

"Bahasa Malaysia turut penting sebagai identiti nasional. Justeru, kerajaan mesti fokus pada kualiti pendidikan dan kami mahu masyarakat menerima pendidikan yang cemerlang ke arah itu," katanya ketika Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua No 4, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Abang Openg.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 5:08 PM