DR MAHATHIR. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
DR MAHATHIR. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Azura Abas; Manimaran Rajasamy; Mohd Husni Mohd Noor dan Irwan Shafrizan Ismail


ELAUN keraian bagi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A ke atas akan dipotong sebanyak 10 peratus berkuat kuasa Julai ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemotongan berkenaan dibuat sebagai langkah penjimatan.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan juga akan melaksanakan ujian kompetensi Bahasa Inggeris kepada pegawai tinggi kerajaan bagi meningkatkan penguasaan bahasa berkenaan.

Katanya, bahasa Inggeris amat penting pegawai tinggi kerajaan kerana mereka kerap berunding dengan pihak negara asing.

"Bahasa Inggeris amat penting dan ia perlu dikuasai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Jun 2018 @ 2:59 PM