Lahm pemain pertahanan berkarisma Jerman. FOTO EPA
Lahm pemain pertahanan berkarisma Jerman. FOTO EPA
AFP

Berlin: Kapten Bayern Munich Philipp Lahm mengumumkan akan bersara daripada semua aksi perlawanan bola sepak pada penghujung musim ini.

Dia berada dalam kalangan pemain pertahanan baik dalam generasinya.

Dia akan menggantung but pada Jun depan, beberapa bulan sebelum hari lahirnya ke-34 dan Bayern kini berada dalam laluan untuk meraih gelaran kelima Liga Jerman (Bundesliga).

Dia menjulang Piala Dunia hampir tiga tahun lalu sewaktu mengetuai Jerman menjulang Piala Dunia 2014. Kejayaan di Maracana Rio de Janeiro dia menyertai 20 kapten memenangi Piala Dunia yang meletakkanya sebaris dengan Diego Maradona, Franz Beckenbauer dan Bobby Moore.

Lahm melalui perjalanan sukar dalam kariernya - bertarung dengan kecederaan dan bersaing mendapatkan tempat bersama kelab sepanjang kariernya Bayern Munich yang menyaksikannya membuat penampilan ke-501 semalam.

Bekas jurulatih Bayern Pepe Guardiola pernah menyifatkannya sebagai "pemain bola sepak paling pintar pernah dikendalikannya" dan kerap bertukar posisi dari bek kanan ke bahagian tengah.

"Philipp boleh bermain di mana mana saja, dia juga boleh menjadi penyerang jika kami mahukannya dia bermain dalam posisi itu," kata Guardiola.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2017 @ 1:46 PM