NUR Qaseh perlu menggunakan mesin bantuan pernafasan pada setiap masa di rumah mereka di Taman Seri Duyung 3.
NUR Qaseh perlu menggunakan mesin bantuan pernafasan pada setiap masa di rumah mereka di Taman Seri Duyung 3.
Norizzah Baharudin


Melaka: “Apalah sangat erti kepenatan saya jika nak dibandingkan dengan penderitaan ditanggung Qaseh. Saya sanggup lakukan apa saja demi kesihatan dan memastikan Qaseh dapat perhatian,” kata Mohd Najib Bebet, 35, bapa kepada Nur Qaseh Umairah, 2, kanak-kanak menderita masalah paru-paru akibat jangkitan virus Adeno sejak berusia enam bulan.

Katanya, berikutan keadaan Qaseh yang semakin serius dia mengambil keputusan berhenti mengusahakan gerai buger dan kini bergantung sepenuhnya kepada pendapatan isteri, Nor Aini Raoh, 35, bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan Sejarah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek.

“Keadaan Qaseh sekarang semakin kritikal, anak sulung saya itu terpaksa bergantung kepada bantuan mesin pernafasan 24 jam sehari untuk membantunya terus hidup.

“Saya dan isteri pernah cuba untuk ajar Qaseh bernafas tanpa gunakan mesin namun, ternyata anak sulung kami tidak boleh bertahan lama, malah dia menjadi pucat hingga mukanya kebiruan.

“Kurang dari lima minit dia sudah mula sesak nafas, sejak hari itu kami tidak lagi berani melepaskan topeng oksigen daripada hidungnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Duyung 3, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Februari 2017 @ 7:01 AM