Keadaan kereta yang terbalik selepas dirempuh di persimpangan lampu isyarat Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya. FOTO ihsan pembaca
Keadaan kereta yang terbalik selepas dirempuh di persimpangan lampu isyarat Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya. FOTO ihsan pembaca
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Seorang pemandu nyaris maut apabila Toyota Vios dipandunya terbalik selepas dirempuh sebuah Perodua MyVi di persimpangan lampu isyarat Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya, pagi tadi.

Dalam kejadian 11.15 pagi berhampiran bangunan Jabatan Peguam Negara itu, mangsa, Yoong Jack Han, 28, hanya cedera ringan manakala pemandu Perodua Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, kejadian berlaku apabila pemandu Perodua MyVi melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh Toyota Vios berkenaan.

Beliau berkata, kemalangan membabitkan kerosakan pada kenderaan milik kedua-dua pemandu dan harta awam.

"Kami mengeluarkan saman kepada pemandu Perodua MyVi atas kesalahan melanggar lampu isyarat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2017 @ 6:21 PM